ASASI SAINS UMK-MARA
IMPORTANT ANNOUNCEMENT
Tarikh Pendaftaran : 17 Jun 2019, Isnin
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Sekitar Blok Akademik, Kolej MARA Kulim
Taklimat Waris dan Mesyuarat Agung MUAFAKAT: 17 Jun 2019, 10.00 pagi
(Dewan Darul Aman)
Sebarang pertanyaan dan maklumat terkini berkaitan pendaftaran, semua pelajar baru disyorkan untuk sertai "group Telegram" di pautan berikut
LATAR BELAKANG
Program Asasi Sains UMK-MARA merupakan program kerjasama antara UMK & MARA. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Program Persediaan Keusahawanan Sains (PPKS). Pengambilan pelajar pertama adalah pada Mei 2011. Kaedah pengajaran adalah meliputi pengajaran teori (kuliah) dan amali. Walau bagaimanapun, pendekatan kerja lapangan, lawatan serta pembentangan dalam seminar berasaskan permasalahan juga digunakan. Program ini dikendalikan oleh Kolej MARA Kulim, Kedah.
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang mempunyai latar belakang keusahawanan dan sains yang kukuh dan mencukupi untuk menampung keperluan pelajar berkualiti ke program ijazah pertama dalam bidang sains dan teknologi termasuk program Doktor Perubatan Veterinar dan program sains lain yang telah dirancangkan di Universiti Malaysia Kelantan. Menyediakan Pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan asas dalam bidang keusahawanan yang disepadukan dengan sains dan teknolgi yang mantap bagi memupuk minat yang mendalam dalam bidang sains dan keusahawan untuk menjayakan hasrat UMK sebagai Universiti Keusahawanan yang unggul dalam dan luar Negara, khususnya dalam keusahawanan berasaskan sains dan teknologi. Membina dan membentuk modal insan yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif, berketerampilan, mempunyai jati diri yang tinggi dan mempunyai nilai keusahawanan untuk menjadi pelapis profesional dan pemimpin masa depan Negara. Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti.
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
- UMK adalah institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-19 di Malaysia
- Falsafah kurikulum UMK adalah berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dengan slogannya: Entreprenuerial University dan Entrepreneurship is Our Thrust digunakan dengan meluas.
- Fakulti dan Program Pengajian yang terdapat di UMK:-
- Fakulti Perubatan Veterinar
- Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli
- Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
- Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
- Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah
- Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)
Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang Universiti Malaysia Kelantan.